Saturday, May 11, 2013

Dihunus Chinta.

Cinta bukan boleh dibuat-buat seperti mana juga tangisan yang tidak boleh terbit dengan paksaan. Hadirnya cinta hasil dari sebuah perkenalan yang mendalam dengan insan yang dicintai.

Kata Ibrahim bin Adham RA :
"Kasih sayang itu merupakan hasil dari sebuah perkenalan."

Dari perkenalan, terbitlah rasa cinta, dan kemudian barulah muncul rasa rindu.

Sebab itu ramai yang cuma melaung cinta kepada Baginda Nabi  ﷺ namun tidak pernah pula mereka membuktikan sifat cinta mereka. Apa cinta itu hanya cukup sekadar melafaz di bibir sahaja?

Tidak.

Cinta berhajat kepada bukti.

Seperti mana seorang isteri yang mencintai suaminya. Pasti sahaja apa yang disuruh, diperintah dan ditegah oleh si Suami, si Isteri akan menurut dengan penuh taat. Ini semua kerana rasa cinta yang hadir dalam diri si Isteri.

Maka begitulah juga cinta kita kepada Sang Kekasih Nabiyyuna Rasulullah  . Bagaimana mungkin seorang yang mengaku cinta kepada Baginda Nabi  tetapi sanggup dia menentang perintah, suruhan dan tegahan Baginda Nabi . Ini yang namanya Cinta Palsu!


Bagaimana bercinta dengan Baginda Nabi ?

Tentulah seperti yang dinyatakan di atas iaitu melalui perkenalan. Untuk umat akhir zaman seperti kita ini, jika hanya dengan berselawat, memang sukar bagi kita mengecap makna Mahabbatul Rosul(Cinta Rosul) itu. Jadi tidak dapat tidak, adalah dengan kita, kita membelek semula kitab-kitab sirah yang menceritakan tetntang peribadi Baginda , perjalanan dakwah Baginda , perang Baginda , susah-payah-jerih Baginda  dalam membangunkan Islam dan cinta Baginda  kepada kita umatnya.

Yang sebaik-baiknya adalah dengan kita mempelajari tentang sifat Jamal(Kecantikan), Kamal(Kesempurnaan) dan Ihsan(Muamalah dengan makhluk) Baginda  ini melalui kaedah bertalaqqi iaitu duduk belajar menadah kitab berguru dengan guru yang 'arif. Inilah satu jalan yang sangat-sangat digalakkan dan dianjurkan kerana padanya terdapat keberkatan ilmu dan kesucian sanad yang bersambung terus kepada Baginda Nabi .

Selain membelek kitab-kitab sirah, salah satu jalan mudah dan cepat untuk kita umat akhir zaman mengecap cinta Nabi  adalah dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis Maulid atau Sholawat. Majlis begini bukan hanya memuji Baginda , mendendangkan madah-madah pujian Baginda  namun jika majlis seperti itu dihadiri oleh mereka yang lebih alim, waliyullah, para ulama' dan umara', maka itu lebih-lebihlah sarat barakah majlisnya. Tempiasnya akan mengena juga kepada kita.

Bacaan Maulid juga mampu melembutkan hati, menghilangkan segala kekusutan, seterusnya menambahkan rasa kecintaan kepada Baginda Nabi ﷺ dalam diri seseorang. Sungguh. Hamba sendiri pernah lalui ini.


''Bagaimana agaknya kerinduan Rasulullah  ada umatnya? Kerinduan pada umat iaitu KITA membuatkan Baginda Nabi ﷺ menjadi sayu wajahnya dan menitiskan air mata. Pernahkah kita menitis air mata merindukan Baginda ﷺ? Pernahkah walau sekali? Pernahkah?!Tahukah Nabi ﷺ amat rindu kepada kita? Kita bagaimana? Ada rindu itu walau secebis di dalam hati?? ''


---

Secara ringkas sahaja.
Tidak layak rasanya hamba yang cetek Mahabbahnya ini untuk bercerita tentang Mahabbatul Rosul kerana hamba bukanlah ahlinya. Hamba ini cuma seorang lagi umat yang masih lagi terkapai-kapai mendaki mencari Cinta Rosul ﷺDan perjalanan hamba itu pula masih lagi jauh.

Banyak kitab-kitab karangan para ulama'  samada mutaqoddimin atau muta'akhirin yang telah membahaskan dengan panjang lebar tentang Kecintaan terhadap Rasulullah  ﷺ.
Yang terbaru, buku karangan guru hamba Fahilatus Syeikh al-Ustaz Muhadir Haji Joll bertajuk "Inginku Balas Cintamu Ya Rasulallah" terbitan Galeri Ilmu. Di dalamnya sarat dengan bunga-bunga Cinta dan kuntum-kuntum Rindu. Para Pencinta Rasulullah , anda wajar dapatkan.

Hamba sangat berhajat kepada doa kalian semua :)
Moga-moga dikekalkan hamba di jalan ini. Allahumma Ameen.


Jazakumullahu khyra al-Jazak.



No comments: