Qasidah Madad Ya Rasulallah




كل القلوب الى الحبيب تميل
Setiap hati yang cenderung untuk cinta
kepada Kekasih iaitu Nabi Muhammad SAW,


ومعى بذلك شاهد ودليل
Padanya terdapat tanda dan alamat.

اما الدليل اذا ذكرت محمدا
Tandanya adalah ketikamana aku
menyebut nama Nabi Muammad SAW,


صارت دموع العاشقين تسيل
Maka akan mengalir air mata orang-orang
yang 'asyik (Iaitu mereka yang tersangat rindu)


هذا رسول الله
هذا رسول الله
هذا المصطفى
Ini adalah Rasulullah SAW,
Ini adalah insan yang terpilih,


هذا رب العالمين خليل
Insan ini adalah Kekasih bagi Tuhan
sekalian alam.


*************

المداد المداد
المداد يا رسول الله
Mohonlah pada Allah SWT agar
mengampunkan aku wahai Rasulullah SAW


المداد المداد
المداد يا حبيب الله
Mohonlah pada Allah SWT agar
mengampunkan aku wahai Habibullah SAW


*************

رب واجعل مجتمعنا
Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah
perhimpunan kami ini,


غايته حسن الختام
Matlamatnya adalah mengharapkan
pengakhiran yang baik.


واكرم الآرواح منا
Dan muliakanlah ruh-ruh dikalangan kami,


بلقاء خير الأنام
Dengan berkat pertemuan dengan sebaik-
baik ciptaan makhluk iaitu Nabi
Muhammad SAW.


*************

رب انا قد دعونا
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya kami
memohon doa,


اعطنا ما قد رجونا
Berikanlah kepada kami apa yang kami
harapkan,


هب لنا فى الدين عونا
Kurniakanlah kepada kami dengan agama
Islam sebagai pertolongan,


بالصلاة على محمد
Dengan berkat selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW.


*************

سيدي يا صاحب الحضرة
Wahai Nabi Muhammad SAW pemilik
kepada kubah yang berwarna hijau
(Kubbatul Khadra' di Madinah),


اكرمنا منك بنظرة
Berikan pada kami akan pandangan engkau


سيدي يا ابا الزهرا
Wahai Nabi Muhammad SAW, ayah
kepada Sayiyidatuna Fatimah Az-Zahra',


والقاسم وعبدالله
Juga ayah kepada Saiyiduna Qasim dan
Saiyiduna Abdullah


*************

سيدي انت الحبيب
Wahai Nabi Muhammad SAW, engkau
adalah Kekasih


بذكرك قلبى يطيب
Dengan berkat mengingati engkau, hatiku
sembuh daripada penyakit,


سيدي حاشا يخيب
Wahai Nabi Muhammad SAW yang orang
dalam kebimbangan berlindung
dengannya;


من لاذ برسول الله
Mereka yang berlindung dengan berkat
Rasulullah SAW.


سيدى انت المختار
Wahai Nabi Muhammad SAW, engkau
adalah insan yang terpilih.


بمدحك تجلى الأقدار
Dengan berkat memuji engkau, maka
takdir kami menjadi jelas.


سيدي أجرنا من النار
Wahai Nabi Muhammad SAW, jauhkanlah
kami daripada api neraka,


بجاهك يا رسول الله
Dengan berkat syafaatmu, wahai
Rasulullah SAW.


*************

يا رب بهم و بالهم
Ya Allah ya Tuhanku, dengan berkat Nabi
Muhammad SAW dan ahli keluarganya,


عجل بالنصر و بالفرج
Kurniakanlah kepada kami dengan
kemenangan yang cepat dan dengan
ketenangan rohani,


و ارحم يا اكرم من رحم
Rahmatilah wahai Tuhan akan orang
(Nabi Muhammad SAW) yang mengasihi-Mu,


عبدا عن بابك لم يعج
Iaitu seorang hamba yang tidak tertolak
kehadirannya di pintu-Mu


و اختم عملي بخواتمها
Dan akhirilah amalanku dengan
pengakhiran yang baik,


لاكون غدا في الحشر نجي
Supaya aku akan terselamat pada hati
akhirat nanti.


لكني بجودك معترف
Akan tetapi dengan kemuliaan-Mu, aku
mengharapkan keampuanan,


فاقبل بمعاذيريا حججي
Maka terimalah permohonanku ini wahai
Tuhan yang memakbulkan hajat,


و اذا بك ضاق الامر فقل
Dan apabila suatu urusan menyusahkan
kamu, maka katakanlah,


اشتدي ازمة تنفرجي
Setiap beban yang menimpa pasti ada
jalan penyelesaiannya.


No comments: